(Video dan Foto) Solekan ini mampu menukarkan wajah daripada “GADIS SELEKEH” menjadi seperti artis K-Pop dan buat orang ramai terpukau!! Jom tengok!!!

Majoriti kaum wanita memang suka mengenakan solekan sama ada solekan tebal ataupun yang ringkas. Malah, ada juga yang rajin mencari video tutorial tentang cara memakai solekan dengan betul.

Seorang penulis blog kecantikan dari Korea Selatan ini menjadi terkenal dalam kalangan netizen kerana pendekatannya yang bukan sahaja berbicara tentang alat solek tetapi juga sering memuat naik video solekan yang menawan.

Sehingga kini, saluran YouTube miliknya telah mencecah seramai 800,000 orang pengikut!

Dalam salah satu video, wanita ini yang dikenali sebagai Daddoa telah melakonkan aksi seperti baru bangun dari tidur dan hendak bersiap-siap untuk menghadiri sebuah majlis.

Sebagai permulaan dan asas kepada solekan, Daddoa menggunakan masker terlebih dahulu supaya hasil solekan tahan lama dan melembapkan kulit sekali gus melindungi wajah daripada mengalami kerosakan akibat solekan.

Sambil menunggu masker kering, dia mendandan rambutnya.Daddoa kemudiannya memakai kanta lekap bagi mencantikkan lagi matanya. Dia kemudian meletakkan concealer dan bedak asas pada wajah.Setelah menyiapkan mukanya, Daddoa mula pergi ke bahagian mata. Mata merupakan bahagian yang paling penting dan harus disolek dengan berhati-hati agar kelihatan menarik. Dia meletakkan warna pembayang mata yang gelap supaya matanya kelihatan besar.Setelah selesai menyiapkan pembayang mata, tiba pula masa untuk menggunakan eyeliner. Fungsi eyeliner adalah untuk membuatkan garis mata lebih tajam dan juga membuatkan mata anda kelihatan lebih galak.Daddoa kemudian meletakkan sedikit gam pada bulu mata palsu lalu diletakkan pada pangkal bulu mata asalnya. Setelah gam mengering, bolehlah memakai maskara untuk melentikkan bulu mata anda.Bahagian kedua terakhir adalah mengukir bentuk kening. Ini merupakan langkah yang wajib dilakukan supaya kelihatan lebih kemas dan cantik!Perkara terakhir dalam proses ini adalah mengenakan pemerah pipi dan gincu bibir. Pemilihan gincu bibir adalah penting mengikut warna kulit dan kesesuaiannya dengan warna pada pembayang mata. Jangan pula anda pakai gincu berwarna merah cili dengan pembayang mata berwarna hijau. Jadi bahan ketawa pula anda nanti.Tutorial yang disediakan oleh Daddoa sentiasa mendapat tempat di hati netizen kerana dia tidak kekok untuk kongsikan segala butiran tentang jenis alat solekan mahupun produk penjagaan kulit yang digunakannya. Malah, Daddoa turut memberitahu harga bagi setiap produk yang digunakannya kepada penonton.

Lengkap sudah tutorial solekan ala-ala gadis Korea ini. Cantik bukan?

Lihat video penuhnya di bawah ini.

Sumber: mamihotviral